Sahabat ITPC/Network Support

Hampir sebulan selepas kita bersama-sama berjuang dalam satu medan berjuangan yang sama. Terasa rindu pula masa kita bersama. Terasa seperti masa kita bersama selama hampir sebulan juga terlalu sekejap. Baru sahaja kita berkenalan membuatkan kita terasa begitu rapat.

Aku teringat kata-kata seorang sahabat lama, "Pertemuan yang sekejap membuatkan kita lebih menghargainya, pertemuan yang sekali sekala membuatkan kita sering mengingatinya dan pertemuan yang terlalu lama membuatkan kita terasa seperti tidak mahu berpisah"

Kira agak lama juga lah pertemuan kita yang hampir sebulan lamanya. Entah bila kita akan berkumpul sambil berkongsi pelbagai idea dalam bidang yang kita minati ini. Aku kenal Asri sejak dari ILP Kuala Langat dan aku kenal dengan Hery dan Zainul di Adtec Taiping. Pertemuan yang hampir 3 kali ini membuatkan aku terfikir adakah akan ada untuk kali keempat untuk kita berjumpa.

Apa-apa pun, kenangan kita memang aku tidak boleh lupakan. Terlalu banyak walaupun sekejap.


Lutfi,Hery,Zainul,Asri

Kali terakhir kita bersama
blog comments powered by Disqus