I'm one of them

Alhamdullillah
Akhirnya aku berjaya membuktikan minat aku bukan perkara yang sia2. Segala usaha aku untuk menghabiskan masa untuk linux membuahkan hasil malah makin dapat diuji sejauh mana kemampuan ku.

Aku merupakan salah seorang daripada 8 peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia 2010 Peringkat Akhir bagi bidang ITPC / Network Support. Semua perkara yang ada dalam bidang itu melibatkan minat aku iaitu network dan linux. Walaupun masih baru dalam dunia linux ini, tp dengan pertandingan ini dapat membantu aku untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai linux.

Terima kasih kepada pengajarku terutama pengiring bagi pertandingan ini yang banyak membantu dalam memberikan sokongan disamping cuba mendapatkan bahan rujukan untuk pertandingan yang lepas. Tanpa bantuan dia mungkin aku tidak dapat melepasi tahap ini.

Pertandingan akhir akan berlangsung pada 14 - 17 Oktober ini, harap semua kawan2 dapat mendoakan kejayaan bagi aku. Ini la harapan aku untuk terus minat dan berusaha memartabatkan open source Malaysia.
blog comments powered by Disqus