Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Friday, November 26, 2010

[Linux] swapon & swapoff

swapon / swapoff - enable/disable devices and files for paging and swapping

Dua command ini aku jumpa apabila aku mempunyai masalah pada Oshirix Debian aku apabila tidak menjumpai swap partition yang telah ditetapkan. Oleh itu, disebabkan swap partition tidak dapat di mount kan ia telah menyebabkan sistem operasi aku berfungsi dengan terhad. Tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa.

Contoh Penggunaan:
# swapon /dev/hda2 (mount swap partition)

swapoff pula digunakan untuk unmount swap partition. Command ini selalu digunakan untuk menukar swap partition atau resize swap partition asal. Oleh itu swap partition yang sedang digunakan perlu di unmount sebelum mount swap file yang baru.

Contoh Penggunaan:

# swapoff /dev/hda2
# swapon /dev/hdb1

Monday, March 15, 2010

Sejauh Mana Penjagaan Komputer Anda?

Aku tiba-tiba terfikir mengenai perkara ini
mengapa ramai pengguna komputer hanya reti menggunakannya
tetapi tidak dapat menjaganya
post ini ditulis bukan untuk mengutuk sesiapa
tetapi ingin memberi kesedaran

Aku menulis post ini setelah melakukan beberap kerja amal disini
memang apa yang dilakukan tidak berapa disetujui oleh kawan baikku
tetapi apakan daya semua rakanku yang meminta pertolongan

Kerja amal yang dilakukan ialah computer servis
yang mana aku telah memformat hampir 10 laptop dalam masa sebulan
dari segala kerja itu aku mula berfikir
kerana semua yang meminta pertolongan itu mempunyai latar belakang komputer
masalah pada komputer mereka semua sama
VIRUS - hanya satu patah perkataan sahaja boleh diungkap mengenai masalah mereka.

Virus...Itu la perkara yang paling remeh bagi aku
setiap kali sampai je kat tangan aku masalahnya tetap sama
virus tersebut boleh dibuang secara manual
tetapi disebabkan penjagaan komputer yang teruk tidak dapat
membantu untuk menghalang penyebaran virus2 tersebut
banyak perkara yang boleh dilakukan selain daripada format komputer
tetapi inilah yang diperkatakan penjagaan komputer yang teruk.

Aku berkata kepada umum
walaupun anda tidak mempunyai latar belakang komputer
tak bererti korang perlu abaikan penjagaan sistem komputer anda
berdasarkan pengalaman aku dalam pc assembly ini
semua masalah yang berlaku adalah sikap ambil mudah kita ada

Penjagaan komputer yang sempurna adalah begitu sukar
aku sendiri belum dapat menjaganya dengan baik
tetapi penjagaan seperti perlindungan komputer dan prestasinya
adalah amat penting

Semua ini menjadi tanda tanya bagi aku..
hampir setiap komputer yang telah aku beri khidmat
semua telah aku lengkapkan dengan khidmat asas untuk komputer
segala penjagaannya mahupun perlindungannya.
cuma atas kehendak sendiri sahaja untuk meningkatkan nya

Aku berfikir lagi
cara apa yang boleh digunakan untuk memberi kesedaran kepada mereka
macam2 aku fikir

  • naikkan cas khidmat format

  • mengurangkan servis aku biarkan diorang yang setlekan sendiri

  • cipta virus untuk peringatan mereka

  • suruh kedai up kan harga servis


  • macam2 yang aku fikirkan untuk menolong mereka
    tapi tak tahu la apa yang dapat disampaikan
    kalau ikutkan hati aku nak buat yang aku bold kan 2
    biar diorang cari aku dan memang akan kene kaw2 dari aku

    sedar2 kan lah diri itu
    cuba lah fikirkan berapa banyak wang yang anda habiskan untuk servis sahaja
    dan fikirkan lah berapa banyak aku dapat kalau ambil upah
    10 x 35 =350 dlm seminggu
    tapi yang aku dapat cuma 25 sahaja sebab belas kasihan
    dan atas sebab hobiku untuk membantu.

    Wednesday, September 30, 2009

    Oshirix 2009 Linux - Special Edition

    Ini lah post pertama aku yang berkonsepkan review.
    Selama hampir 50 post aku tulis.
    Tak pernah aku buat pasal review dan tak pernah fikir pun nak buat.

    Ok la.
    Tapi post ni pun bukan la review 100%.
    Post ni aku tulis berdasarkan apa yang telah aku cuba.
    Aku tak la pandai nak menguji benda-benda yang macam ni.
    aku cuma buat apa yang menarik.
    Tengok tajuk pun dah tahu pasal ape yang aku nak cakapkan.

    Perhatian untuk semua rakyat Malaysia!!
    Komuniti mambang.org.my ingin mepekenalkan kepada anda semua,
    Sistem Operasi buatan Malaysia
    iaitu Oshirix Linux.

    Sungguh tak sangka bahawa Malaysia mempunyai OS buatan sendiri.
    Memang cukup mengagumkan.
    Bila aku dapat tahu saja yang Oshirix ini buatan Malaysia,
    tanpa fikir panjang aku terus je download dan register dalam mambang.
    Bukan apa, aku sekarang tengah mengumpul minat dalam open source ni.

    Dipendekkan cerita, setelah aku berjaya patch kan update untuk oshirix ni,
    terus je aku burn dalam cd. Sampai habis rugi satu cd sebab CD-rom aku ni bengong.
    Xpe nak try punya pasal burn je lagi satu.
    Selesai burn, terus je restart sebab Oshirix ini LiveCD. Nak try terus la.

    Pandangan pertama aku pada Oshirix ini.
    Wow!! Memang interface yang menarik.
    Terutama sekali sidebar dia

    Aku teruskan lagi dengan melihat perisian yang ada.
    oleh sebab Oshirix-SPE ini baru dikeluarkan,
    kebanyakan perisian yang digunakan adalah versi terbaru
    seperti Opera 10

    Pidgin Instant Messenger


    Ini adalah la beberapa perisian lain yang telah aku cuba.
    Abiword

    SMPlayer

    Gnumeric Spreedsheet

    Scribus

    uTorrent


    PDF Viewer

    GnomeBaker

    GIMP

    ClamTK Virus Scanner

    Banyak juga la perisian nya.
    Cuma aku tak berapa reti nak guna.
    Terpaksa la try bukak dan test tekan-tekan sikit.
    Itu saja la yang boleh aku ceritakan mengenai Oshirix ni.
    kalau nak tahu macam mana.
    Try la sendiri.

    Apa-apa pun, Tahniah kepada En.Oshiri (Tak pernah tahu pun nama sebenarnya)
    Walaupun Oshirix ini tidak mahu dimasukkan ke DistroWatch.
    Tetapi ini adalah satu permulaan untuk Malaysia maju dalam teknologi komputer