Aku teringat kata-kata seorang sahabat lama, "Pertemuan yang sekejap membuatkan kita lebih menghargainya, pertemuan yang sekali sekala membuatkan kita sering mengingatinya dan pertemuan yang terlalu lama membuatkan kita terasa seperti tidak mahu berpisah"
Kira agak lama juga lah pertemuan kita yang hampir sebulan lamanya. Entah bila kita akan berkumpul sambil berkongsi pelbagai idea dalam bidang yang kita minati ini. Aku kenal Asri sejak dari ILP Kuala Langat dan aku kenal dengan Hery dan Zainul di Adtec Taiping. Pertemuan yang hampir 3 kali ini membuatkan aku terfikir adakah akan ada untuk kali keempat untuk kita berjumpa.
Apa-apa pun, kenangan kita memang aku tidak boleh lupakan. Terlalu banyak walaupun sekejap.
Lutfi,Hery,Zainul,Asri
Kali terakhir kita bersama