Special Post - Bestfriend

-Post ini merupakan satu dedikasi khas kepada seorang SAHABAT-

Ainu Amirah Mohamad Azam (@nunu_comey)


Seperti yang dijanjikan, one special post for you. Sebelum tu, minta maaf ambil gambar curi masa tengah sibuk telefon mummy. Ok kita mulakan dengan memperkenalkan empunya diri ini. Merupakan seorang gadis yang comel apatah lagi ayu (kata dia la :-P ), masih single dan sedang mencari calon suami. Sesiapa yang berminat boleh berkenalan dengan aku dahulu.

Post ini adalah untuk ucapan hari lahir dia pada 08/08/2012 lepas. Kira belated wish la macam ni. Nampak je macam belated wish tapi sebenarnya dah disambut tepat pada harinya. Siap ada advance lagi. Nasib baik la dah nak balik kalau tak lagi tak larat nak tambah advance nya. Tahniah kau dah 21, sila daftar mengundi ye. Tunaikan tanggungjawab anda walaupun politik Malaysia kotor. :P

Terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk aku selama 3 hari berturut-turut. Sampai balik lewat pagi hari, tak pergi majlis wajib, tolong print surat aku dan macam-macam lagi. You give me a very happy moment.

Aku tak tahu nak celebrate birthday orang macam mana. Jadi aku harap cukup la aku tunaikan janji aku untuk bawa kau pergi bershopping di seluruh seberang pulau pinang. Mungkin lepas ni memang dah tiada kesempatan untuk berjumpa lagi atau mungkin itu kali terakhir kita berjumpa dalam realiti. Kenangan 3 hari kita habiskan masa ini je aku boleh hadiahkan. Dan post ini akan menguatkan  kenangan kau sebagai hadiah tambahan dari aku.

Satu je nasihat aku, teruskan sahaja apa minat kau jangan ambil kisah tentang apa yang orang lain katakan. Tiada siapa dapat menilai diri kita melainkan Allah. Buang pepatah "kene pandai memilih kawan", berkawan seramai mana mungkin kerana itu silaturahim kita tetapi guna la pepatah baru ini "kene pandai memilih perangai kawan" kerana tak semua yang nampak baik itu teladan dan tak semua yang nampak jahat itu teruk. Ingat balik apa yang aku ceritakan tentang dengan siapa aku berkawan. Jahat atau baik itu belakang kira, apa yang penting pengalaman yang dilalui mereka sebagai iktibar.

Dengan tamat post ini, aku dengan ini ingin mengumumkan bahawa kau bukan lagi kawan aku, tetapi kau adalah SAHABAT aku. There is a different between friend, bestfriend and boyfriend. :-P







P/S: Jaga diri mungkin aku lebih jauh untuk membantu selepas ini. Tak payah baca yang atas-atas, baca dua perenggan last dan fahaminya.
blog comments powered by Disqus