Hanya Sebab Kau

Salam Sejahtera

Sopan pula malam ni kan. Maklum lah dah lama tak update blog ini. Kalau la blog ini macam perkakasan yang sering kita nampak mesti sudah bersawang atau berhabuk. Yang sudah pasti yang berpenyakit asma dilarang mendekati habuk.

Mungkin pada waktu sekarang ini mungkin akan ramai yang menceritakan tentang penghujung 2011 atau mungkin akan menceritakan azam baru untuk di tahun baru ini. Tapi aku, tidak akan menceritakan tentang kedua-dua perkara tersebut cuma ingin menceritakan pandangan terhadap orang ramai kepada teknologi yang tercipta sekarang ini.

Berbalik kepada tajuk "Hanya Sebab Kau" diatas itu, mungkin ada yang masih lagi memikirkan tentang tiga patah perkataan tersebut. Tajuk yang diatas adalah untuk merujuk kepada beberapa golongan yang hanya merasa sesuatu perkara itu baik untuknya sahaja tetapi dijadikan alasan menyeluruh satu dunia. Perkara ini akan diterangkan terhadap teknologi yang tercipta sekarang ini.

Perkara yang pertama adalah pandangan golongan ini terhadap sistem operasi atau dalam bahasa english operating system (OS) atau bahasa umum yang difahami ramai Windows. Walaupun telah ramai otai-otai teknologi menerangkan bahawa Windows adalah satah satu daripada sistem operasi tetapi orang ramai masih menyatakan "Linux itu adalah Windows". Kita tidak boleh salahkan kepada mereka kerana bukan bidang mereka untuk mengetahuinya. 

Kita kecilkan skop ini kepada yang terlibat dalam sektor teknologi sekarang ini seperti juruteknik, pengaturcara, pengurus kedai komputer dan lain-lain. Boleh juga melibatkan pengguna-pengguna tegar sesuatu teknologi. Baik berbalik kepada pandangan terhadap sistem operasi, sedia maklum ramai yang mengetahui terdapat pelbagai jenis sistem operasi yang terdapat sekarang ini, tetapi HANYA SEBAB dia tahu menggunakan satu jenis sistem operasi sahaja dia menyatakan itulah yang paling terbaik sehingga menolak segala kenyataan tentang keburukan sistem operasi yang sedang digunakan. Perkara ini sering berlaku bila kita menbincangkan perkara tersebut dengan kebanyakkan pemilik perniagaan perkhidmatan servis komputer. Mungkin disebabkan mereka mencari makan dengan memberi perkhidmatan kepada Microsoft Windows sahaja, jadi mereka tetap menyatakan bahawa Windows adalah yang terbaik untuk digunakan. Kita masih belum menjumpai kedai servis komputer yang memberikan perkhidmatan untuk sistem operasi Linux dan juga Mac OS. Mereka menolak kekurangan sistem operasi yang dibanggakan oleh mereka dan juga menolak kebaikkan sistem operasi yang lain. Ini yang aku maksudkan HANYA SEBAB kau seorang je, semua perlu menerima pendapat itu.

Ok dari sistem operasi ini kita berpindah ke gajet kegunaan ramai iaitu telefon bimbit dan juga tablet. Seperti yang kita tahu sekarang ini, pengeluar telefon bimbit telah mengeluarkan pelbagai telefon pintar yang boleh dikatakan mampu milik oleh setiap pengguna. Disebalik pengeluaran yang begitu banyak wujud persaingan antara model dan juga sistem operasi yang digunakan. Apple meletakkan IOS sebagai sistem operasi mereka untuk bersaing bersama dengan Motorola, Samsung dan Sony yang meletakkan Android sebagai sistem operasi mereka. Malah tidak kurang juga pengguna Blackberry yang lebih memfokuskan kepada pengguna koporat untuk bersaing dan tidak lupa kepada Nokia yang meletakkan Symbian dan Windows Phone menjadi sistem operasinya. Seperti perkara yang berlaku didalam pemilihan sistem operasi bagi pengguna komputer peribadi, perkara ini juga berlaku dalam pemilihan sistem operasi bagi telefon pintar. Pengguna Android yang kian meningkat mula mengecam kelemahan telefon pintar yang lain. Ada juga pengguna yang mengutuk telefon pintar yang digunakan olehnya walaupun baru beberapa hari menggunakan telefon tersebut. Penggunaan sesuatu telefon pintar pada masa yang singkat hanya akan memperlihatkan kekurangan telefon tersebut, jadi untuk mengetahui kebaikkan sesuatu telefon bimbit tersebut dan juga sistem operasi yang digunakan perlulah digunakan sekurang-kurang 1 bulan. Itu lah yang boleh dikatakan HANYA SEBAB kau tak reti mengggunakan sesuatu teknologi ia merupakan kekurangan teknologi tersebut. Perkara ini seperti menyerupai perangai kanak-kanak yang tidak menyukai permainan yang diberikan oleh seseorang.

Tujuan aku menulis berkenaan perkara ini adalah, setelah terjebak dalam bidang teknologi ini selama beberapa tahun, banyak yang aku perhatikan orang ramai lebih suka memberikan kenyataan yang berunsurkan peribadi tentang sesuatu teknologi. Sebagai contoh daripada perkara diatas, ramai yang menyatakan sistem operasi Linux adalah satu sistem yang tidak mesra pengguna. Bila ditanya apakah sebabnya, ramai memberitahu alasan yang sama iaitu tiada perisian yang boleh digunakan semasa menggunakan sistem operasi Windows, kesukaran untuk memasang sesuatu perisian, penggunaan command line dan pelbagai lagi. Dan bila ditanyakan berapa lama menggunakan sistem operasi tersebut, ramai yang menjawab kurang daripada 3 bulan. Adilkan sesuatu perkara jika dibandingkan dalam tempoh yang singkat. Andai kata anda menggunakan sistem operasi Windows selama 3 tahun, adakah cukup untuk menilai sistem operasi Linux selama 3 bulan penggunaan?

Kadang-kadang diantara dua perkara yang aku sebutkan diatas iaitu sistem operasi komputer dan juga sistem operasi telefon pintar, aku berasa kelakar bercampur hairan bila melihat seseorang yang mengecam sistem operasi Linux dengan teruk tetapi menggunakan telefon pintar Android. Adakah seperti mengutuk diri sendiri yang dikatakan bodoh.

Akhir kata, jangan kita memandang kelemahan sesuatu teknologi HANYA SEBAB kita tidak reti menggunakan teknologi tersebut. Sesiapa yang melakukan perkara seperti itu membuatkan aku menganggap dia seperti orang awan yang hanya tahu menekan suis on komputer.
blog comments powered by Disqus