Ingin Tidur Yang Lena

Mungkin tidak ramai yang tahu
berapa jam aku tidur untuk 1 malam
adakah seperti kebiasaan manusia biasa iaitu 6 jam
atau orang2 yang menghabiskan masa dengan tidur iaitu melebihi 6 jam

Jika itu yang berada di fikiran anda semua..
jawapan nya SALAH
Tidurku hanya 1 hingga 2 jam pada 1 malam
atau mungkin tiada masa untuk aku tidur

Sudah lebih sebulan aku sebegini
entah la sampai bila ia akan berterusan
mungkin sehingga penghujung bulan 5
atau mungkin penghujung tahun ini
dan mungkin sehingga alam pekerjaan nanti

tiada siapa tahu apa yang aku lakukan sepanjang malam
mereka mungkin ingat aku hanya melayan facebook
atau mungkin melayan video Najwa Latif di Youtube

Tetapi mereka tidak tahu betapa banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan
berapa banyak tugasan yang disiapkan
berapa peratus projek yang telah disiapkan
ditambah pula dengan kerja sambil lewa orang lain
yang terpaksa aku pula yang membetulkan
kerja2 orang yang suka ambil mudah dengan kelebihan orang lain

Alasan mereka cukup mudah
"Ko pandai, ko buat soalan yang susah"
Cukup mudah kan??
Aku buat yang susah, mereka buat yang mudah
aku tak cukup tidur menyiapkan kerja
mereka pula lena buat kerja sambil lewa
bila ditegur kesalahan kerja
mula kata aku yang banyak songeh

Apa boleh buat
bila orang mengerti kelebihan aku yang akan membantu mereka
sekarang ini aku tengah bercuti
boleh la aku menikmati tidur di atas tilam empuk dirumah
entah bila aku akan merasa tidur seperti ini selepas cuti
blog comments powered by Disqus