Penghargaanku

Mungkin post ini agak terlalu lama aku update kan, mungkin disebabkan oleh kesibukkan aku selepas pertandingan aku selesai. Sehingga sekarang ini masih lagi kelam kabut untuk menguruskan semua matapelajaran yang tertinggal selama 5 minggu.

Alhamdullillah.
Inilah ucapan yang aku mampu ucapkan bila berjaya memenangi Pingat Emas Pertandingan Kemahiran Malaysia Bidang ITPC / Network Support. Rasa bersyukur yang tak terhingga bila mendengar berita bahawa aku berjaya memenangi pingat emas tersebut.

Pertama sekali aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih/pengiring ku pada pertandingan tersebut, En Ismail Shaari. Terlalu banyak yang dia korbankan demi kejayaan anak didiknya. Dan kemenangan ini aku bawa pulang sebagai hadiah dan kenangan terindah sebelum menamatkan zaman bujang nya.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sama berjuang semasa pertandingan ini Ahmad Zainul Asraf, Muhammad Hairy dan Ahmad Asri Saffuan. Jika kita tidak berjumpa mungkin banyak ilmu yang aku tidak perolehi dan melalui pertemuan kita sama-sama boleh berjaya.

Turut tidak ketinggalan jurulatih-jurulatih mereka En.Shahrizan, En.Shahreza dan En.Al-Hazari yang sanggup bersama-sama menemani latihan kami dan membantu untuk mencari maklumat. Terima kasih juga kepada En.Halim yang banyak memberikan tips dan teknik untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan mencari markah semasa pertandingan tersebut.

Terakhir sekali kepada semua pengajar-pengajar,rakan-rakan dan kenalan-kenalan yang memberikan kata-kata semangat untuk menghadapi pertandingan ini. Tidak lupa juga kepada yang memberikan bantuan secara langsung dan tidak langsung.


TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA..TANPA ANDA TIADA KEJAYAAN AKAN DIKECAPI

P/s: Didalam ini tidak dinyatakan mengenai keluargaku bukan penghargaanku tiada kepada mereka tetapi kejayaan ini adalah penghargaan kepada keluargaku.
blog comments powered by Disqus