Salam Aidilfitri


Terasa sekejap masa berlalu rupanya Ramadhan sudah sebulan bersama kita dan kini Syawal akan datang apabila menjelang Maghrib nanti. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang singgah kesini secara langsung mahupun tidak langsung.

Selain itu, aku ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan,blogger-blogger,sahabat maya,makluk asing yang mana kalau ada terasa dengan apa yang telah ditulis dalam blog ini,kekasaran respon yang diberikan,sikap kurang sopan diluar dan sebagainya.

Akhir kata dariku, berhati-hati semasa musim perayaan ini kerana malang boleh tiba tidak mengira masa seperti yang telah berlaku padaku.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
blog comments powered by Disqus