Bantuan tersebut amat mudah sekali iaitu anda hanya perlu menggunakan khidmat aku untuk membaiki atau servis komputer/laptop kepunyaan anda atau kawan2 anda. Berkaitan dengan upah servis dan repair ini adalah mengikut anda semua, aku akan menerima serendah RM1 atau dengan maksud kata lain semurah air teh ais sebagai upah aku.
Tetapi oleh sebab ini merupakan kerja amal yang akan aku lakukan sehingga ke hari pertandingan tersebut, jadi servis ini dilakukan mengikut kelapangan masa aku. Jika kelapangan masa aku terlalu singkat aku akan memberi keutamaan kepada sesiapa yang mempunyai masalah lebih berkaitan dengan pertandingan tersebut.
Antara servis yang diberikan oleh aku ialah:
- Format komputer/laptop
- Membaiki komputer/laptop
- Upgrade komputer/laptop
- Setup network
- Bantuan linux
- Bantuan teknikal komputer yang berkaitan
Kepada yang memerlukan khidmat aku, Boleh la ke bilik aku di BR221. Kepada pelajar perempuan yang segan2 dengan aku boleh berhubung dahulu dengan Nur Amira (BS216).
P/s:Upah untuk aku adalah tidak merangkumi segala perkakasan yang akan digunakan membaiki atau upgrade komputer/laptop anda semua.






