Jom Sertai JMC

JMC (JMTi Motor Club) merupakan satu kelab yang paling aktif di JMTi ini. Jadi kepada semua pelajar JMTi, marilah beramai2 berdaftar dengan kelab ini. Pelbagai kelebihan yang anda semua boleh dapat apabila anda menyertai kelab ini.

Antara kelebihan apabila anda menyertai kelab ini:
  • Mudah untuk menyertai segala aktiviti yang dilakukan oleh JMC dan JMTi.
  • Mudah untuk dipilih menjadi task force untuk aktiviti JMTi.
  • Tidak perlu menjalani seisi pemilihan untuk acara tertentu.
  • Boleh meletakkan kenderaan di seluruh kawasan JMTi.
  • Menginap di bilik Eksekutif yang mempunyai kelengkapan televisyen dan peti ais serta tandas.
  • Boleh keluar masuk asrama sesuka hati dan tanpa menggunakan kad matrik.
  • Makanan siap terhidang di meja VIP dewan makan.
  • Menjadi MPP tanpa melalui proses undian demokrasi. 
  • Ahlinya mendapat kuasa vito yang menyamai kuasa Pengarah. 
  • Pas keluar masuk tanpa had waktu mudah seringas dengan hanya sms kepada penasihat kelab.
  • Permohonan secara automatik mendapat asrama tanpa perlu melalui proses penyaringan permohonan asrama seperti ahli yang bukan JMC.
  • Tidak diwajibkan ke surau pada hari selasa. Anda bebas memilih untuk berehat dibilik sambil membalas komen Facebook kawan2 atau turun beribadat disurau. Pilihan terletak ditangan sendiri 100%.
  • Boleh masuk ke dewan makan tanpa perlu menanggalkan selipar.
  • Pelbagai lagi keistimewaan lain.

Oleh itu, kepada semua pejalar JMTi, marilah kita beramai-ramai menyertai kelab ini. Banyak kelebihan yang akan anda kecapi selepas ini. Jika anda tidak mahu perkara-perkara seperti ini akan berlaku:
  • Motorsikal anda dirantai
  • Tayar kereta anda dipancitkan
  • Menerima surat amaran akibat kelakuan memuaskan
  • Tidak dapat merasai bilik berhawa dingin
  • Tidak akan mendapat kelebihan seperti televisyen dan peti ais
  • Tidak dapat menyertai segala aktiviti di JMTi
  • Makanan yang kurang enak
  • Pelbagai perkara yang paling tidak diingini oleh pelajar2 JMTi.
Jika anda tidak mahu perkara diatas menimpa anda, marilah menyertai JMC.  

Cara untuk mengenalpasti Ahli JMC. 
  • Mempunyai sticker kelab di kenderaan masing2.
  • Hubungan erat yang amat dikalangan ahli2 nya.
  • Fanatik terhadap kelab. Bagi ahlinya kelab adalah jauh lebih penting daripada pelajaran.

Keselesaan anda bermula dari JMC.