Masa Semakin Suntuk

Pening kepala bila tengok tarikh2 yang ditampal pada dinding ni.Semakin serabut pun ada, inilah penangan yang perlu dilalui apabila nak dekat penghujung semester. Kelam kabut jadinya.

Melihat tarikh2 yang semakin hampir membuatkan lagi bertambah pening kepala ini. Minggu depan sahaja perlu hantar mini projek php programming aku dan final exam untuk php. Lecture aku terpaksa awalkan exam sebab nak dekat beranak dah.

Bila tengok tarikh yang lain semua hampir dekat. Bulan 5 hanya ada 2 minggu sahaja lagi, dalam bulan 5 banyak perkara yang perlu disiapkan, projek database, projek graphic, teater dan macam2 lagi la. Semua ini kelam kabut jadinya.

Esok aku baru nak mulakan projek php aku yang hendak kene hantar pada Isnin ini. Memang betul2 mencabar dan akan memeningkan kepala otak ini untuk berfikir. Nasib baik sem ini aku dapat team yang betul boleh berkerjasama untuk semua perkara. Jadi beban aku berkurang la sedikit.

Apa2 pun aku berharap boleh bersemangat untuk meneruskan semua perkara tersebut walaupun sedikit tertekan.


Itu semua tarikh yang tercatat pada dinding aku ni, tapi kertas yang ada banyak tarikh tu tak ada kene mengena untuk tarikh2 penting aku.
blog comments powered by Disqus