[C/C++] Looping

Kali ini aku nak buat satu tutorial programming. Bukan senang aku nak munculkan diri dengan tutor program. Aku lompat terus ke tajuk ni bukan apa, aku bukan cikgu yang perlu mengajar dari A-Z. Aku cuma kawan yang mungkin dapat membantu untuk memberikan lagi kefahaman terhadap topik ini. Ini juga adalah kerana ramai yang meminta bantuan aku untuk menyelesaikan masalah looping programming mereka.

Looping atau dalam translate aku perulangan merupakan 1 proses yang digunakan untuk melakukan perulangan bagi sesuatu pernyataan mengikut keadaan(condition) yang telah ditetapkan. Terdapat 3 jenis looping, iaitu:
  • for
  • while
  • do-while
Ketiga2 jenis ini akan melakukan proses yang sama tetapi dalam cara yang berbeza. Baik kita bermula dengan jenis yang pertama iaitu

for
for digunakan untuk melakukan proses perulangan dalam 1 tempoh nilai. Nilai perulangan adalah sama ada berkurang mahupun bertambah.

Syntax:
for (nilai_awal;nilai_kawalan;nilai_perubahan)
{
    Proses looping
}

Contoh:
for ( i=1; i<=10; i++)
{
    cout<< i ; 
}

Nilai awal merupakan nilai permulaan pengiraan sesuatu kitaran looping. Nilai kawalan pula merupakan keadaan yang akan mengawal proses perngulangan dan juga syarat kawalan. Nilai perubahan ialah nilai penurangan atau pernambahan nilai awal selagi memenuhi syarat nilai kawalan.

Penggunaan for hanya terhad terhadap penggunaan untuk melakukan perulangan mengikut syarat kawalan seperti > , < , >= dan <= tetapi tidak dapat melakukan bagi operasi != (tidak sama) dan = = (sama dengan). Oleh itu, wujud satu pilihan lain iaitu penggunaan perulangan while.

while
while mempunyai kesamaan seperti for tetapi ia hanya mempunyai nilai kawalan yang akan mengawal kitaran perulangan.

Syntax:
while(nilai_kawalan)
{
    proses looping
}

Contoh:
int i=1;
while(i!=0)
{
    cin >> i;
}

Berdasarkan contoh diatas ia akan melakukan proses perulangan jika pengguna memasukkan nilai selain daripada 0 (sifar). While hanya menguji nilai kawalan tanpa mengikut apa2 nilai lain.


do-while
do-while adalah sama seperti while, ciri2 dan penggunaannya adalah sama cuma do-while akan melakukan proses looping sebelum menguji nilai kawalan.

Syntax:
do
{
    proses looping;
}while(nilai_kawalan);

Contoh:
do
{
    cin >> i;
}while(i!=0);

Jika dibandingkan contoh do-while dan while, cuma terdapat sedikit sahaja perbezaan yang berlaku terhadap penulisan syntax tersebut. Cuma nilai kawalan akan diuji selepas melakukan proses looping. do-while akan melakukan proses looping sekurang-kurangnya sekali walaupun syarat nilai kawalan adalah tidak benar.
blog comments powered by Disqus