Mampukah aku??

Perkara yang merunsingkan telah berlaku..
satu benda yang paling aku tak suka dalam hidup aku..
tetapi aku terpaksa terima demi nak jaga hati orang lain..
jaga hati orang lain tapi hati aku sendiri yang sakit..

Terlalu susah bila ramai yang meletakkan kepercayaan kepada kita
dan susah bertambah bila ada yang dengki dengan kita
tetapi terpaksa terima je la.

Semuanya bermula dari satu perkara
menjadi kepada perkara yang lebih rumit
dari perkara rumit itu la yang buat kepala aku serabut
cuma menunggu masa untuk melihat perubahan aku..

ini la yang terjadi bila nama aku tercalon dalam calon Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)
bukan aku tak suka tapi tanggungjawab 2
memang susah nak tampung..
dari start list nama 2 keluar dah mula dengar kata-kata yang tak enak
itu yang paling aku tak suka
memang la aku boleh sabar
tapi entah berapa lama

semua yang tidak tahu cerita sebenar hanya pandai berkata-kata..
tak tahu macam mana aku dicalonkan..
boleh pula kata aku gila kuasa
orang yang tahu pasal benda ni pun
sanggup menipu menyokong kata aku gila kuasa.
tak tahu la apa yang di dengki oleh korang semua

biarlah apa yang nak dikata..aku cuma berfikir
mampukah aku pikul tanggungjawab jika aku menang
dan mampukah aku bersabar untuk menahan fitnah mulut orang..
blog comments powered by Disqus