Blogger We Care [Adik Ammar]


Sebelum ini aku ada membuat satu post berkenaan dengan Blogger We Care dalam membantu mengurangkan kesusahan en.megat. Kali ini Blogger We Care sekali lagi ingin membantu warga blogger yang di dalam kesusahan. Rintihan seorang ibu terhadap kesakitan yang ditanggung oleh anaknya yang baru berusia 2 tahun.

Kesusahan Puan Asmaniza membesarkan anaknya, adik Ammar yang mempunyai masalah jantung (PDA) semenjak dari lahir lagi. Kasihan membaca luahan hati ibu yang amat menyayangi anak itu di post blog Puan Asmaniza amat menyentuh perasaan aku membacanya.

Dengan ini aku kembali menyokong Blogger We Care atas dasar prihatin terhadap orang2 yang berada dalam kesusahan.

Untuk mengetahui cerita lebih lanjut mengenai adik Ammar. Boleh la melawat post Ammar oh Ammar.

Klik pada logo Blogger We Care untuk membantu.
blog comments powered by Disqus