Registry Fix membaiki registry yang dijangkiti Virus

Registry Fix ini merupakan satu perisian yang dijalankan melalui Command Prompt.
Aku mencuba perisian ini selepas komputer aku terkene virus dari lab kat JMTI ni.
Oleh sebab komputer ini baru saja kene format, jadi aku buat keputusan tidak format lagi komputer aku ni.
Aku buat keputusan untuk membuang virus tersebut secara manual. Aku juga dapat infomasi yang kalau laptop yang terkene virus adalah lagi bagus jika membuangnya secara manual daripada mrngambil jalan untuk memformat nya.

Aku pun menggunakan google untuk mencari cara-cara untuk menbuang virus tersebut.
Terpaksa juga la aku menggunakan software lain untuk menbuka task manager.
Dapatkan nama dan matikan program tersebut di task manager dan startup manager.
Bila dah delete semua file virus tersebut, komputer anda telah pun selamat tetapi fungsi-fungsi yang terdapat di dalam windows telah disable kan oleh virus tersebut.

Cara untuk membaiki agak sukar kerana melibatkan registry komputer. Kepada yang mempunyai pengetahuan mengenai registry boleh la mengubah suai registry tersebut. Jadi Registry Fix ini dicipta untuk membantu orang-orang yang tidak berpengetahuan mengenai registry membaiki komputer mereka.

Registry Fix ini boleh digunakan untuk membaiki
-enable registry editor
-enable folder option
-enable task manager
-enadle tools bars on task bar
-enable file menu
-enable shell search button (start)
-enable search function
-enable run function/button
-enable tray items display
-enable super hidden
-enable ctrl+alt+del
-enable command prompt
-enable control panel

Cara menggunakan Registry Fix ini adalah terlalu mudah.
Run file registry_fix.exe.
Satu paparan akan ditunjukkan seperti dibawah

Kemudian tekan mana-mana kekunci
Semua registry tersebut akan dibaiki

Restart komputer anda.

Download registry_fix (23.4kb)
blog comments powered by Disqus