Koleksi Program Aku

Sebelum ini aku ada uruskan satu blog ilmu berkenaan dengan programming.
Tapi aku terpaksa menutup blog tersebut atas sebab kekurangan bahan.
Kali ini aku buka lagi satu blog. Koleksi Program Aku

Blog ini asalnya dari blog sebelum ini tetapi telah ditukar semua kandungannya
termasuk dengan nama domain. Dari bukunotaprogramming.blogspot.com ke
kugilaprogram.blogspot.com. Oleh itu, follower aku sebelum ini tetap sama.

Blog ini hanya merupakan tempat simpanan semua program yang telah aku buat
sama ada suka-suka, lepas geram, lab report, excercise, assignment dan mana-mana
punca sahaja. Asalkan programming semua aku masukkan.

Oleh sebab semua program termasuk final projek aku telah pun dimasukkan. Tetapi
aku harap tidak disalahgunakan untuk kegunaan sendiri dan jangan gunakan program
tersebut untuk projek anda pula. Aku paparkan untuk sebagai rujukan dan memerlukan
komen untuk membaik pulih program tersebut.


Jemput la singgah ke koleksiku di http://www.kugilaprogram.blogspot.com/ .
blog comments powered by Disqus