Salahkah aku??

Semalam,
selepas aku selesai menulis post "Kembali Belajar",
Tiba-tiba handset 3310 aku yang kuno 2 berbunyi,
Bila berbunyi je aku dah dapat teka siapa penghantar nya.
Hanya diantara 4 orang yang mempunyai nombor Celcom aku.

Tekaan aku tepat.
Penghantarnya orang yang rapat dengan aku.
Seorang wanita.
Menghantar mesej berbentuk servey.
'kalau hari ini "HARI BCKP BENAR SEDUNIA"..ape yg awk ckp pada sy??'

Aku tak endahkan mesej itu walaupun masih belum ada tanda
untuk aku tidur ketika mesej itu sampai pada pukul 12.17 am.

kalau diikutkan hati.
memang terlalu banyak perkara yang ingin aku cakapkan.
tetapi memang tidak akan ada Hari Bercakap Benar Sedunia.
Hanya disebabkan untuk menjaga hati seseorang.

Aku hanya membalas mesej tersebut pada keesokan paginya,
pada pukul 8.00 sebelum aku pergi ke kelas.
Jawapan aku
'Adakh aku mnjdi org yg xpnting bg kmu @ kmu mnjdi org yg xpnting bg aku'

Aku dapat rasakan yang ayat yang aku hantar itu cukup pedih.
tapi itu la kebenaran nya.
setelah apa yang berlaku,
semua nya berubah.

tetapi adakah perubahan itu brlaku atas salah aku atau dia.
atau mungkin kedua nya.

p/s:post yang ditulis selepas ini mungkin tidak akan menggunakan
singkatan seperti bahasa SMS. Ini adalah nasihat dari orang yang telah lama
dalam blogging.
blog comments powered by Disqus