Oshirix 2009 Linux - Special Edition

Ini lah post pertama aku yang berkonsepkan review.
Selama hampir 50 post aku tulis.
Tak pernah aku buat pasal review dan tak pernah fikir pun nak buat.

Ok la.
Tapi post ni pun bukan la review 100%.
Post ni aku tulis berdasarkan apa yang telah aku cuba.
Aku tak la pandai nak menguji benda-benda yang macam ni.
aku cuma buat apa yang menarik.
Tengok tajuk pun dah tahu pasal ape yang aku nak cakapkan.

Perhatian untuk semua rakyat Malaysia!!
Komuniti mambang.org.my ingin mepekenalkan kepada anda semua,
Sistem Operasi buatan Malaysia
iaitu Oshirix Linux.

Sungguh tak sangka bahawa Malaysia mempunyai OS buatan sendiri.
Memang cukup mengagumkan.
Bila aku dapat tahu saja yang Oshirix ini buatan Malaysia,
tanpa fikir panjang aku terus je download dan register dalam mambang.
Bukan apa, aku sekarang tengah mengumpul minat dalam open source ni.

Dipendekkan cerita, setelah aku berjaya patch kan update untuk oshirix ni,
terus je aku burn dalam cd. Sampai habis rugi satu cd sebab CD-rom aku ni bengong.
Xpe nak try punya pasal burn je lagi satu.
Selesai burn, terus je restart sebab Oshirix ini LiveCD. Nak try terus la.

Pandangan pertama aku pada Oshirix ini.
Wow!! Memang interface yang menarik.
Terutama sekali sidebar dia

Aku teruskan lagi dengan melihat perisian yang ada.
oleh sebab Oshirix-SPE ini baru dikeluarkan,
kebanyakan perisian yang digunakan adalah versi terbaru
seperti Opera 10

Pidgin Instant Messenger


Ini adalah la beberapa perisian lain yang telah aku cuba.
Abiword

SMPlayer

Gnumeric Spreedsheet

Scribus

uTorrent


PDF Viewer

GnomeBaker

GIMP

ClamTK Virus Scanner

Banyak juga la perisian nya.
Cuma aku tak berapa reti nak guna.
Terpaksa la try bukak dan test tekan-tekan sikit.
Itu saja la yang boleh aku ceritakan mengenai Oshirix ni.
kalau nak tahu macam mana.
Try la sendiri.

Apa-apa pun, Tahniah kepada En.Oshiri (Tak pernah tahu pun nama sebenarnya)
Walaupun Oshirix ini tidak mahu dimasukkan ke DistroWatch.
Tetapi ini adalah satu permulaan untuk Malaysia maju dalam teknologi komputer
blog comments powered by Disqus